Tuesday 11 September 2012

Kesimpulan

Maka, kesimpulan bagi pengajaran topik ini ialah haiwan boleh membiak dalam dua cara iaitu secara :
- bertelur 
- melahirkan anak

Haiwan perlu membiak untuk :
- menjamin spesiesnya terus kekal di muka bumi ini supaya tidak pupus. 

Sunday 9 September 2012

b) Haiwan Membiak Secara Melahirkan Anak...

Tadi kita dah tengok antara contoh haiwan yang membiak secara bertelur kan? 

Sekarang jom kita tengok pula haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak...

Adik-adik...


---> Sesetengah haiwan seperti lembu, gajah, ikan paus, harimau dan badak sumbu hanya melahirkan seekor atau dua ekor anak sahaja pada satu-satu masa...



gajah


lembu


ikan paus


harimau


badak sumbu


---> Sesetengah haiwan seperti kucing, tikus dan arnab pula melahirkan banyak ekor anak  pada satu-satu masa...

Lihat gambar di bawah....

kucing


arnab


tikus @ hamster


Mari kita santai-santai tengok video
ikan lumba-lumba melahirkan anaknya...


a) Haiwan membiak secara bertelur

Adik-adik....

Tahu tak? Sesetengah haiwan membiak secara bertelur. Telur yang dikeluarkan akan menetas dan mengeluarkan anak haiwan tersebut.

Video di bawah menunjukkan seekor ular sedang bertelur...Jom tengok =)



Wow kagum bukan? 

Di bawah ini Cikgu wieda tunjukkan beberapa contoh haiwan lain yang juga membiak secara bertelur.

buaya 


burung


katak


ikan





penyu













penguin 



Nak tengok video tak? JOm tengok betapa indahnya ciptaan Allah 
bagaimana telur ayam menetas dan mengeluarkan anaknya...=)




TAJUK : CARA PEMBIAKAN HAIWAN

Ok adik-adik..sekarang mari kita fokuskan kepada ciri haiwan yang ingin kita pelajari iaitu "Cara Pembiakan Haiwan". 

Apa itu membiak????

Membiak ialah ---> satu proses melahirkan anak. 


Kenapa haiwan perlu membiak????

  • untuk menambah bilangannya.
  • untuk memastikan spesies haiwan tersebut terus wujud di dunia ini.

Cara pembiakan haiwan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-

1) Pembiakan secara bertelur
2) Pembiakan secara melahirkan anak


Secara pengenalan awal, haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur boleh diperkenalkan menerusi tayangan video melalui You Tube ini.


Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak. Marilah kita bersama-sama menontonnya.....

Ciri-ciri haiwan...

Adik-adik...Haiwan mempunyai beberapa ciri yang istimewa. 
Melalui ciri-ciri haiwan ini, kita boleh gunakan untuk mengelaskan haiwan. 

Antara ciri-ciri tersebut ialah :
a) tempat hidup haiwan (habitat)
b) tabiat makan haiwan 
c) cara pembiakannya

Habitat

- Habitat ialah tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi. 

- Ada haiwan yang hidup di dalam air sahaja, ada haiwan yang hanya boleh hidup di darat sahaja dan ada pula haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, iaitu di darat dan di dalam air.

Contoh-contoh haiwan yang hidup di dalam air sahaja dapat kita lihat melalui Power Point yang telah disediakan.

Haiwan yang hidup di dalam air sahaja



 

Manakala contoh-contoh haiwan yang hidup di darat sahaja dapat dilihat melalui "slide show" yang disediakan.

Haiwan yang hidup di darat sahaja
 
Begitu juga dengan contoh-contoh haiwan yang hidup di darat dan air.


Haiwan yang hidup di darat dan di air

Apa itu haiwan? Haiwan diperbuat daripada apa?

Selalu orang cerita pasal Adam dijadikan daripada tanah dan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Manusia pula dijadikan daripada segumpal darah [Rujuk Surah Al-Alaq]. Malaikat dijadikan daripada cahaya dan syaitan pula dijadikan daripada api.

Haiwan? Dijadikan oleh Allah daripada apa? Cikgu Wieda pun tak pernah terfikir. 


 

Sebenarnya adik-adik, haiwan diperbuat daripada air. 

                 2 hidrogen + 1 oksigen = Air

Buktinya;


Wah cikgu sangat-sangat kagum dengan apa yang ada di dalam Al Quran...adik-adik semua kagum tak?   :)

Saturday 8 September 2012

Salam perkenalan ^_^

Assalamualaikum & Salam sejahtera anak-anak murid Cikgu Wieda...

Amboi...semua comel-comel belaka arini..kemas, segak bergaya...Haa ni yang buat kita lebih bersemangat nak belajar kan? Mari adik-adik kita terokai alam haiwan dalam blog ini...Cikgu harap segala maklumat serta bahan pengajaran yang cikgu sediakan ini dapat bantu adik-adik supaya lebih faham tentang tajuk ini...Jommmm kita enjoy dengan lesson ni....^_^