Sunday 9 September 2012

Ciri-ciri haiwan...

Adik-adik...Haiwan mempunyai beberapa ciri yang istimewa. 
Melalui ciri-ciri haiwan ini, kita boleh gunakan untuk mengelaskan haiwan. 

Antara ciri-ciri tersebut ialah :
a) tempat hidup haiwan (habitat)
b) tabiat makan haiwan 
c) cara pembiakannya

Habitat

- Habitat ialah tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi. 

- Ada haiwan yang hidup di dalam air sahaja, ada haiwan yang hanya boleh hidup di darat sahaja dan ada pula haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, iaitu di darat dan di dalam air.

Contoh-contoh haiwan yang hidup di dalam air sahaja dapat kita lihat melalui Power Point yang telah disediakan.

Haiwan yang hidup di dalam air sahaja



 

Manakala contoh-contoh haiwan yang hidup di darat sahaja dapat dilihat melalui "slide show" yang disediakan.

Haiwan yang hidup di darat sahaja
 
Begitu juga dengan contoh-contoh haiwan yang hidup di darat dan air.


Haiwan yang hidup di darat dan di air

No comments:

Post a Comment